top of page

LAWATAN KERJA MENTERI PENGANGKUTAN KE HAB PENGANGKUTAN LALAPORT

Jan 28

1 min read

0

2

0

KUALA LUMPUR, 21 Januari 2026 – Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Hab Pengangkutan Lalaport yang terletak di Aras LG1, Mitsui Shopping Park Lalaport Bukit Bintang City Centre (BBCC), Kuala Lumpur.



Lawatan ini bertujuan meninjau kemudahan, operasi serta peranan hab tersebut sebagai salah satu pusat pengangkutan bandar yang menyokong integrasi pengangkutan awam, khususnya perkhidmatan bas persiaran dan pelancongan di pusat bandar Kuala Lumpur.

Hab Pengangkutan Lalaport dikendalikan oleh Asia Success Resources Sdn. Bhd., iaitu syarikat yang juga mengendalikan terminal di Pusat Pengangkutan KLIA Terminal 2. Hab ini direka bentuk bagi memudahkan pergerakan pengguna pengangkutan awam, khususnya pelancong, dengan penekanan kepada aspek keselamatan, kecekapan dan keselesaan.



Antara kemudahan utama yang disediakan di hab ini termasuk:

• Sistem jualan tiket bersepadu (Centralised Ticketing System atau CTS);

• 11 petak bas yang terdiri daripada 6 petak berlepas dan 5 petak ketibaan;

• Akses kepada kemudahan pertukaran ke perkhidmatan LRT dan Monorel;

• Perkhidmatan Bus On Demand (BOD) yang menghubungkan Lalaport dengan kawasan Bukit Bintang dan Mont Kiara.


Buat masa ini, operasi di Hab Pengangkutan Lalaport melibatkan bas persiaran dan perkhidmatan BOD, selaras dengan konsep pembangunan dan keperluan semasa kawasan tersebut. Ia memfokuskan laluan bas dari Singapura ke Lembah Klang tanpa bersaing dengan terminal sedia ada seperti Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan Terminal Bersepadu Gombak (TBG).


YB Menteri Pengangkutan menegaskan bahawa pembangunan terminal bas yang tersusun dan bersepadu adalah penting bagi memastikan perkhidmatan pengangkutan awam dapat beroperasi secara selamat, cekap dan selesa, selain menyokong agenda mobiliti mampan serta pertumbuhan sektor pelancongan negara.


Untuk makluman lanjut : https://shorturl.at/ElRfU

Jan 28

1 min read

0

2

0

Related Posts

Comments

Share Your ThoughtsBe the first to write a comment.

©2020 by Asia Sucess Resources. Proudly created with Wix.com

Contact us

The Transportation Hub, Level 1, Lot No. L1-5 first floor, Lot No. L1-7 first floor &

Lot No. L2-149, Second Floor, TERMINAL KLIA 2, KL INTERNATIONAL AIRPORT, Jalan KLIA 2/1, 64000 KLIA, Selangor

+60 11 1092 8868

  • Youtube
  • TikTok
  • Instagram
  • facebook
bottom of page